Friday 24 April 2009

Dihadapan Bintang

ONE

Perkenalan singkat antara Riff dan juga Lisa telah mengubah Lisa, seorang remaja yang agak liar dan bebas bersosial itu sedikit demi sedikit.Sejak mengenali Riff, timbul perasaan malu di mukim hati Lisa dengan sikapnya yang jauh beza dengan Riff. Walaupun Riff seorang yang sosial namun dia tidak liar seperti Lisa.Dari hari ke hari timbul lagi suatu perasaan. Perasaan yang indah namun sukar untuk Lisa mengaku. Sikap Riff yang bukan sahaja peramah tapi juga penyayang.

Lisa mengongsikan rasa itu pada sahabat baiknya, Izz. Hati kecil Izz kecewa kerana cintanya untuk Lisa yang dikumpul sejak 5 bulan lalu yang takut cintanya tak disambut.Namun Izz tetap gembira Lisa dah mula berubah dengan perangai nya yang dahulu yang agak teruk.Tetapi Izz tetap meragui dengan Riff kerana Riff selalu mengungkapkan kata-kata manis akan tetapi tidak komitmenkan diri mereka sebagai pasangan kekasih.


Ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari itulah ungkapan yang boleh dikatakan oleh Lisa pabila sikap Riff mula berubah yang merobek hati dia. Sikapnya melayannya acuh tak acuh membuat Lisa terasa.Riff seringkali memberi 1001 alasan tatkala Lisa ingin bertemu atau menhubunginya. Seolah-olah ada sesuatu perkara yang ingin disorokkan.
kebenaran terungkap selepas 3 bulan kemudian Riff memperkenalkan seorang gadis yang jauh lebih cantik dan kelihatan manis dan ayu kerana gadis itu bertudung. Ya, memang gadis itu bagaikan langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan dirinya.Hatinya kecwa, hancur dan lebur.Dia terasa bagaikan menangis dalam hujan dan hujan bagaikan memerli dirinya.Kini baru Lisa sedar bahawa kata-kata manis yang ditujukan buatnya ialah racun dalam madu.


TWO

Kecewaan dan kesedihan hati telah membawa Lisa berlalu pergi ke perangai lamanya. Keluar setiap malam untuk melupakan segalanya yang berkecamuk dihati.Terasa menyesal timbul dihati kerana menyintai Riff namun mujur belum diluahkan,rasa benci bermukim dihati tatkala Lisa teringat saat-saat Riff mengungkapkan kata rindu dan cinta dihadapan bintang untuknya setiap malam. Izz sebagai sahabat karib Lisa juga tahu tentang perkara itu berasa marah akan tetapi hati kecilnya gembira kerana sedikit sebanyak memberi ruang kepadanya untuk meluah rasa hatinya yang dikumpul sejak disedari tak lama dahulu.Tetapi tercapai kah aku untuk menakluki hati Lisa yang hanya ada untuk Riff, Izz juga kecewa dan membawa diri untuk merantau tanpa pamitan Lisa. Dia terus berlalu pergi ke negara seberang.Sementara itu Lisa masih lagi melayan peraasannya yang lebur.Dihadapan bintang sekali lagi, dia mula teringat abangnya. Dia mulai rindu abangnya, dia teringat kata-kata abangnya yang diungkapkan dihadapan bintang "jangan dikejar orang yang disayang,sayangilah orang sekeliling"

"kalaulah abang masih ada" hati Lisa berkata-kata



THREE

Lisa telah lama meningalkan kegiatan buruknya kerana baginya kegiatannya itu tidak membuatkannya melupakan Riff.Lisa bersendirian didalam biliknya bertempatkan ditepi tingkap menghadap bintang setia.Tanpa disedari manik kacanya mula mengalir membasahi pipi.Dia merasakan dunia ini tak adil baginya.Dia tiada ibu tempat merengek,tiada ayah tempat bermanja,tiada sahabat untuk menjadi bahu tatkala dia bersedihan.Bagai tersedar dari lamunan dia terus,dia terasa bagai kehilangan sesuatu dan rindu benda itu. Ya! Izz, dia terus menuruni anak tangga biliknya.Dia mencapai hoodie dan kunci keretanya.

"Zaff,akak kuar kejap tau!kalau aunti Ros tnye cakap akak gi rumah Izz"

belum sempat adiknya,Zaffry, berkata apa-apa Lisa terus berlalu keluar.Destinasinya rumah Izz yang tak jauh dari taman perumahannya.Tidak samapi sepuluh minit dia berada dihadapan rumah Izz.

"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam" muncul wanita separuh umur
"Err,auntie, Izz ada?"
"Izz takde laa nak, dia pergi ke indonesia. Err, dia tak bagitahu Lisa ke?"
Lisa tergaman?Sampai hati Izz pergi tak bagitahu aku. "Ade kot? mungkin Lisa yang lupa. Tapi bila dia balik ya?"
"Tak bagitahu pulak?Mungkin sebulan dua kot dia kat sana.Lisa taknak masuk dulu ke?Dah lama Lisa tak kemari"
"Ohh, terima kasih la auntie, Zaaf sorang-sorang kat rumah tu. Kesian dia saya tinggalkan lama-lama. Saya minta diri dulu ya auntie"
"Ah, iye lahh nak. Hati-hati memandu malam-malam ni bahaya" pesan wanita itu
"Terima kasih auntie"

Lisa terus masuk kedalam kereta nya. Dia memandu dengan air mata yang membasihi pipinya.



FOUR

3 bulan Lisa menunggu sendirian didalam kamar biliknya. Dia mengunci dirinya didalam kamar sebagai hukum untuk dirinya kerana mengabaikan Izz.Kini baru dia sedar tentang makna kata-kata abangnya. Izz sentiasa berada disekelilingnya tak kira apa jua waktu. Kenapa aku tak mampu menyintai dia? Dia menangis dan terus menangis lagi saban hari.Kadangkala dia akan duduk di pangkin dan kenang sumua kenangan-kanangan dia dan Izz. Disitulah Izz selalu mendendangkan lagu untuknya bersama gitar kesayangan Izz.
Pada suatu subuh, Lisa tergerak hati untuk berjalan-jalan dia nursery Auntie Rossie.Dia melihat sekeliling, semakin maju perniagaan Auntie Rossie, masih terngiang-ngiang di kotak fikirannnya dia dan Izz menolong Auntie Ros menanam pokok-pokok semasa perniagaan masih baru dibuka.

"Eh,awalnya Lisa?" pertanyaan Auntie Rossie mengejutkan Lisa dari lamunan
"Ahaha, saje je ambil angin disubuh hari, dah lama tak hirup udara segar"
"Baguslahh kalau macamtu, awak pun dah lama tak turun tolong auntie"
"Maaflah, lately ni Lisa busy sikit"
"Takpe, auntie faham" katanya sambil tersenyum

Lisa meneruskan perjalanan meninjau tanaman-tanaman bunga itu.Sedang dia meneruskan perjalanan, die terlihat seseorang sedang duduk santai dibangku panjang,dia bersendirian sambil menghembuskan kepulan asap rokok. Bagaikn disentap,dia tersedar sesiapa lelaki itu.

"Izzzzzzzzzz!!!!!!!" teriak Lisa sambil ke arahnya
"Oh, Lisa" balas Izz tetapi tidak menyambut pelukkan itu.
"bila balik?" tanya Lisa cuba menutup rasa tersekimanya itu
"Dalam 2 hari yang lepas" jawab Izz acuh tak acuh
"Napa pergi tak kasi tahu?" tanya Lisa
"Perlu ke?"
"Dulu kau tak merokok pun, kenapa?"
"Manusia Lisa, berubah dalam sekelip mata. Kadangkala orang disekelilingnya pon boleh dilupakan begitu sahaja,bagai aku tiada erti didunia kau. Tapi bila musibah diuji kau tagih simpati pada aku"

Lisa begitu kecewa sekali.Sekali lagi hatinya menjerit dunia ini membenci kannya.Pertama Riif mempermainkannnya,kemudian Izz pergi tanpa pamit dan pulang dengan kebencian.Terasa mahu berlalu pergi dari dunia ini! Dia pulang ke ruamh dengan kekecewaan. Mengurungkan diri sekali lagi.Siang dan malam esakkannya kedengaran


Izz yang tahu tentang itu sejurus ke rumah Lisa. Sejurus sampai di perkarangan rumah Lisa, kelihatan Zaff berseorangan dengan gitarnya dihadapan rumah mereka.

"Zaff,kakak ada rumah?" tnye Izz
"Ada,kakak tak keluar lagi. Nak Zaff panggilkan ke?"
"Takyah, kau tengokkan Vespa aku je, jangan kau nk test"
"kedekut!"

Izz bergegas ke atas dan sebungkus roti jala kegemaran Lisa yang sempat dibeli sebelum singgah ke rumah Lisa.Kedengaran suara Lisa masih teresak-esak, sebelum Izz merempuh masuk ke dalam kamarnya.

"Lisaaa.." Lisa toleh ke arah Izz
"IZZZZZ!!" kelihatan seperti ingin memeluk Izz namun dihentikan
"kenapa kau tak teruskan saja?"
"aku hormati kehendak kau"
"dan kehendak aku mahu kan itu" dan terus memeluk Lisa

"Kau ni busuklaa Lisa" kata Izz sambil tertawa
"busuk aku, kau peluk jugak!" kata Lisa sambil memuncung dan menumbuk gurau ke dada Izz
"Pergilah, mandi. Aku ada bawakan kau roti jala Cik Zila.Tengok kau,dari chubby teletubbies dah jadi kurus kering ayam kampung dah aku tengok"
"Taknak, aku diet" kata Lisa buat-buat merajuk
"Ohh, tkpe. Nampaknya terpaksa laa aku simpan roti jala ni dalam perut Zaff yang berlagu-lagu tu"
"Okay-okay! aku lapar"
"cmtu laa Lisa aku"

hahahaha

Selepas selesai makan, Liza dan Izz mengambil tempat di bumbung bilik Lisa bertemankan Bulan yang terang,Bintang yang setia dan Malam yang tenang. Kebiasaan Izz akan memetik lagu gitar yang dipinjam dari Zaff.Lisa bersuara

"Izz, bole aku tanya?"
"hmmm" tanda setuju
"Siapa aku dihati kau?" tanya Lisa tetapi matanya setia menatap langit
"Seriousnyaaa???" Izz cuba berjenaka
"Tak cukup serious ke?" tanya Lisa cuba membalas dengan serious
"okay, apa kata hati kau?
"kau, hatiku nobatkan sebagai jiwa dan raga ku"
"tapi hati ku katakan jalan penyelesaian hidup ku tanpa mu ialah Mati"
Hati Lisa mekar bak berbunga tatkala mendengar kata-kata itu dari Izz
"kau takkan pergi lagi kan?"
"tentu aku akan pergi lagi"
"Izz, aku tahu aku ni pentingkan diri sendiri, tapi cukuplah kau hukum aku pergi tanpa pamit selama 3 bulan. cukup terseksa untuk aku mengumpul rasa rindu dan cinta aku pada kau!"
"pemergian aku kali ini bersama jiwa ku kau sayang"
bunga itu mekar lagi
"aku takut orang tu tak mandi 10 hari je"
"kau ni jahatt!!!" sambil menumbuk dada Izz

"AKU harap kata-kata yang diungkap dihadapan bintang bukanlah palsu"




TAMAT

_______________________________________________________


Lisa
*ni nama kawan aku, dia cantik sangat dan pandai. :)

Izz
*atau nama betul Isfahan, saja renovate. Ramai org ckp nama Isfahan tu best? betul ke? Btw, isfahan ni enemy Allysa or Lisa. Mamat ni ex-classmate aku time form1 :)

Riff
*aku dapat nama ni dari cerita indon :D

Zaffry
*ni nama classmate Lisa, dorang ni sebelah kelass aku je. :D nama betul dia Amirul Zaffry

Auntie Ros
*nama bibik danny! HAHAHAHAH